Jumaat, 17 Oktober 2014

Inspektor Polis dan rakan ditahan edar syabu


Seorang pegawai penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dan seorang rakannya ditahan di sebuah rumah pangsa di Pulau Pinang semalam kerana disyaki memiliki syabu.
Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata sejumlah dadah ditemui bersama pegawai berpangkat inspektor berusia 30 tahun itu.
"Pegawai ini baru sahaja melaporkan diri di IPD Ipoh kira-kira 6 bulan lepas. Ujian air kencing turut mendapati pegawai dan rakannya itu positif dadah," katanya kepada pemberita pada majlis serah tugas Ketua Polis Perak.

Rabu, 15 Oktober 2014

Militan IS: Polis tahan 13 orang di Shah Alam


Setakat ini jumlah yang ditahan kerana dipercayai terlibat kumpulan militan Negara Islam (IS) ialah seramai 36 orang.
Ini ekoran penahanan terbaru seramai 13 orang dalam serbuan sekitar Shah Alam semalam.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kata polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut keatas 13 orang yang ditahan itu.

PDRM DAN FRIM ANTARA CALON AKHIR ANUGERAH INOVASI ANTARABANGSA CAPAM


PUTRAJAYA, 15 Okt (Bernama) -- Dua pasukan dari Malaysia berjaya ke peringkat akhir Anugerah Inovasi Antarabangsa CAPAM, yang diadakan sempena Persidangan dwitahunan Persatuan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) 2014.
Kedua-duanya ialah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) menerusi pembangunan Teknologi Rawatan Kayu, dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi Sistem Pemantauan Bandar Raya Selamat (SCMS/SPBS).

Selasa, 14 Oktober 2014

"AH LONG" SEMAKIN GANAS ???


JOHOR BAHARU: Lima rumah di sekitar bandar raya ini dan Kulaijaya mengalami kerosakan kecil akibat dilempar bom botol atau 'molotov cocktail' dalam kejadian dua hari lepas.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim berkata, kejadian terbabit dipercayai dilakukan oleh along dan berlaku antara 12 tengah malam dan 4 pagi.

"Kejadian melibatkan rumah di kawasan Johor Baharu Selatan, Nusajaya dan Kulaijaya. Ia dipercayai dilakukan along untuk menakutkan para peminjam yang dipercayai gagal membayar pinjaman mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, Selasa.

POLIS TAHAN DUA INDIVIDU, RAMPAS DADAH BERNILAI RM2.76 JUTA


IPOH, 14 Okt (Bernama) -- Polis menahan dua individu termasuk seorang wargaasing serta merampas dadah jenis methamphetamine seberat 32.8 kilogram yang dianggarkan bernilai RM2.76 juta di sini, Ahad lepas.
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A. Paramasivam berkata dadah berkenaan ditemui di sebuah banglo satu tingkat yang menjalankan perusahaan katering di Taman Lim di sini.
Beliau berkata hasil siasatan mendapati rumah berkenaan dijadikan makmal dadah sejak enam bulan lepas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...