Rabu, 10 Februari 2016

Warga emas maut dipukul penjenayah

KLANG - Seorang warga emas maut dipercayai dipukul ketika cuba menghalang penjenayah yang cuba menyamun di rumahnya di Jalan Datang 35C, Taman Sentosa di sini hari ini.
Mangsa, Ong Chock Meng, 87, ditemui anak lelaki mangsa selepas menerima panggilan telefon daripada jirannya kira-kira pukul 7.30 pagi tadi memaklumkan pintu depan rumah bapanya terbuka selepas dipercayai diumpil oleh penjenayah.

PDRM cadang naikkan kadar kompaun kesalahan lalu lintas

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bercadang untuk menaikkan kadar kompaun kesalahan lalu lintas berikutan jumlah kemalangan jalan raya menunjukkan peningkatan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, cadangan itu dilakukan susulan sikap pengguna jalan raya yang tidak peduli dengan kadar kompaun sedia ada.
Menurutnya, meskipun Op Selamat 8 telah memasuki hari ke-10 namun, tiada sebarang perubahan dalam pengurangan kadar kemalangan.

Selasa, 9 Februari 2016

Curi Besi Penghadang Jambatan Raja Permaisuri Bainun

SITIAWAN, 8 Feb (Bernama) -- Perbuatan pihak tidak bertanggungjawab mencuri besi penghadang dan kabel elektrik dan telefon pada Jambatan Raja Permaisuri Bainun, Kampung Baru di sini telah mengakibatkan kerugian lebih RM500,000.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata sehubungan itu beliau telah meminta polis menubuhkan jawatankuasa bagi membanteras perbuatan itu dan memburu kumpulan atau individu yang melakukan perbuatan jenayah itu.

"Kita tidak boleh membiarkan mereka merosakkan harta benda awam," katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan di jambatan itu Isnin.

Peniaga Besi Buruk Maut Selepas Bergaduh Di Kelab Malam

KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) -- Seorang peniaga besi buruk mati dipercayai dipukul rakan-rakannya dalam satu pergaduhan di Jalan Dutamas, di sini awal pagi Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Mohd Sukri Kaman berkata pergaduhan berlaku kira-kira pukul 4 pagi apabila si mati yang dikenali sebagai Ashok, 31, dikatakan telah bergaduh di dalam sebuah kelab malam akibat tidak berpuashati dengan rakan-rakannya sendiri.

"Rakan-rakannya cuba menyelesaikan pergaduhan itu di luar dan membawa si mati menaiki sebuah kenderaan ke suatu tempat," katanya kepada Bernama.

Polis cari warga asing dibelasah Papagomo

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan pekerja asing yang didakwa dibelasah penulis blog Papagomo atau nama sebenarnya Wan Azri Wan Deris bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata warga asing itu perlu tampil membuat laporan supaya tindakan susulan dapat diambil. "Negara ini ada undang-undang dan perbuatan Papagomo walau apa juga alasannya, adalah salah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...