Isnin, 11 April 2016

Kemasukan Pengganas: Malaysia Dalam Keadaan Berjaga-Jaga

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Malaysia berada dalam keadaan berjaga-jaga berikutan maklumat dari Thailand bahawa dua rakyat Turki berketurunan Uighur yang disyaki merancang serangan pengganas di Thailand sedang menuju ke Malaysia.


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis dan agensi-agensi lain di semua pintu masuk dan keluar dari negara ini telah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga "Kita sedang memantau keadaan," katanya, Sabtu.

Mayat wanita ditemui dalam gaung

GOMBAK – Mayat seorang wanita tanpa identiti yang dipercayai mangsa bunuh ditemui dengan kaki dan tangannya terikat dengan pita pelekat di dalam gaung di Batu 20, Gombak Lama menghala Genting Sempah di sini semalam.
Mayat itu ditemui beberapa peserta larian dan berbasikal pertandingan Route 68 Challenge 2016 selepas terhidu bau busuk ketika melalui jalan utama pada pukul 9.30 pagi.
Satu sumber berkata, mangsa yang dipercayai warga tempatan itu mungkin dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dibuang ke dalam gaung tersebut.

Sabtu, 9 April 2016

Dua pelajar cedera diserang, 16 ditahan

KUALA LUMPUR - Dua pelajar sekolah menengah dipercayai menjadi mangsa kesilapan identiti setelah tersepit dalam pertelingkahan beberapa kumpulan pelajar sekolah dan individu di Jalan Wangsa Siaga di sini.
Dalam kejadian 2 petang semalam, kedua-dua pelajar berkenaan menaiki motosikal dalam perjalanan pulang dari sekolah telah bertembung dengan beberapa kumpulan tersebut, yang kebanyakan mereka menaiki motosikal.
Pelajar itu tiba-tiba dikejar lalu diserang kumpulan itu, yang menggunakan batang kayu, topi keledar dan batang besi.
Beberapa penduduk setempat, yang menyaksikan kejadian itu tampil membantu mereka dan memaklumkan polis.

Pelajar retak tulang leher dipercayai dibuli senior

KOTA BHARU: Seorang pelajar tingkatan tiga retak tulang leher, dipercayai dibuli pelajar senior di sebuah sekolah di Pengkalan Chepa di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, Aiman Hazim Zulkeflee, 15, mendakwa ditendang di leher dan dagu sehingga terjatuh sebelum pengsan oleh pelajar tingkatan empat sekolah sama.

Mangsa yang cedera dibawa ke Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa oleh pihak sekolah sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII).

Bapa mangsa, Zulkeflee Yaacob, 50, yang bertugas sebagai pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, dimaklumkan mengenai kejadian menimpa anak kedua daripada lima beradik itu oleh isterinya, Siti Noor Sidin Ahmad, 43. "Saya bergegas pulang ke Kota Bharu untuk melihat keadaan anak saya.

Polis Siasat Dakwaan Aanggota Peras Ugut RM100,000

KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat dakwaan seorang lelaki bahawa pekerjanya diperas ugut sepasukan polis sebanyak RM100,000 kerana disyaki menyimpan rokok seludup, di Pantai Dalam, di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata setakat ini pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung laporan yang dibuat oleh pengadu berkenaan.

"Kita masih menyiasat kesahihan laporan berkenaan sama ada benar kes itu berlaku kerana ketika pemeriksaan dibuat pengadu tiada di tempat kejadian sebaliknya hanya menerima aduan daripada pekerjanya.

"Bagaimanapun pihak kami memandang serius kes berkenaan dan sedang menjalankan siasatan secara telus dan adil," katanya ketika dihubungi BH hari ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...