Ahad, 17 April 2016

Isteri Angguta Polis Maut Terkena Renjatan Ketika Guna Telefon Sedang Dicas

KUALA LUMPUR: Isteri seorang anggota polis maut selepas terkena renjatan elektrik semasa membuat panggilan telefon bimbit yang sedang dicas di kediamannnya di Taman Desa Baiduri, Cheras.

Wanita itu Suhana Mohamad, 30, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital susulan insiden pada 11.30 malam pada Jumaat lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Abdul Ghani Mohamad Ji berkata suami wanita itu yang bertugas di Bukit Aman terus membawa isterinya ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia di sini untuk rawatan.

SPRM SERBU BALAI POLIS DAN TAHAN 5 ANGGOTA POLIS CAWANGAN PENCEGAH JENAYAH

17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, selepas serbuan di balai berkenaan awal pagi tadi.

Dalam serbuan jam 3.30 pagi itu, sepasukan pegawai SPRM menahan semua anggota terbabit berhubung rasuah selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Semua anggota terbabit ditahan ketika berada dalam bilik Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) selepas SPRM mengepung balai berkenaan. Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk M Samarajoo, berkata semua lima anggota berkenaan kini masih ditahan untuk siasatan lanjut berhubung maklumat yang diterima.

Isnin, 11 April 2016

Kemasukan Pengganas: Malaysia Dalam Keadaan Berjaga-Jaga

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Malaysia berada dalam keadaan berjaga-jaga berikutan maklumat dari Thailand bahawa dua rakyat Turki berketurunan Uighur yang disyaki merancang serangan pengganas di Thailand sedang menuju ke Malaysia.


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis dan agensi-agensi lain di semua pintu masuk dan keluar dari negara ini telah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga "Kita sedang memantau keadaan," katanya, Sabtu.

Mayat wanita ditemui dalam gaung

GOMBAK – Mayat seorang wanita tanpa identiti yang dipercayai mangsa bunuh ditemui dengan kaki dan tangannya terikat dengan pita pelekat di dalam gaung di Batu 20, Gombak Lama menghala Genting Sempah di sini semalam.
Mayat itu ditemui beberapa peserta larian dan berbasikal pertandingan Route 68 Challenge 2016 selepas terhidu bau busuk ketika melalui jalan utama pada pukul 9.30 pagi.
Satu sumber berkata, mangsa yang dipercayai warga tempatan itu mungkin dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dibuang ke dalam gaung tersebut.

Sabtu, 9 April 2016

Dua pelajar cedera diserang, 16 ditahan

KUALA LUMPUR - Dua pelajar sekolah menengah dipercayai menjadi mangsa kesilapan identiti setelah tersepit dalam pertelingkahan beberapa kumpulan pelajar sekolah dan individu di Jalan Wangsa Siaga di sini.
Dalam kejadian 2 petang semalam, kedua-dua pelajar berkenaan menaiki motosikal dalam perjalanan pulang dari sekolah telah bertembung dengan beberapa kumpulan tersebut, yang kebanyakan mereka menaiki motosikal.
Pelajar itu tiba-tiba dikejar lalu diserang kumpulan itu, yang menggunakan batang kayu, topi keledar dan batang besi.
Beberapa penduduk setempat, yang menyaksikan kejadian itu tampil membantu mereka dan memaklumkan polis.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...