Khamis, 10 Ogos 2017

Pegawai Polis Didakwa Minta Wang Perlindung

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius akan dakwaan salah laku seorang pegawai polis yang dikatakan meminta sejumlah wang bagi melindungi kegiatan haram.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, siasatan lanjut terhadap dakwaan itu sedang dijalankan.

Menurutnya, pihaknya tidak sesekali akan berkompromi dengan mana-mana pegawai kanan dan anggota yang telah melanggar peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.


"Kita memberi jaminan siasatan lanjut berhubung perkara ini akan dijalankan secara telus dan teliti tanpa melindungi mana-mana pihak.

Rabu, 9 Ogos 2017

Skim Cepat Kaya: Datuk Seri, Datuk Ditahan

SHAH ALAM: Polis Selangor menahan dua ahli perniagaan bergelar 'datuk seri' dan 'datuk' di Kuala Lumpur pada Khamis lalu kerana dipercayai mendalangi kegiatan penipuan skim pelaburan cepat kaya 'Bookcoins' membabitkan kerugian RM2.1 juta.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, kedua-dua lelaki masing-masing berumur 40 dan 45 tahun itu ditahan kira-kira 11 pagi, selepas pihaknya membuat serbuan di dua buah rumah mewah di kawasan Desa Park City, Kuala Lumpur.

Menurutnya, tangkapan itu adalah hasil empat laporan polis yang dibuat awal bulan ini berhubung kegiatan penipuan skim pelaburan itu yang dikenalpasti bergiat aktif sejak pertengahan 2016.

"Siasatan polis mendapati mangsa telah diperdaya untuk menyertai Bookcoins dengan dijanjikan pulangan keuntungan sebanyak satu peratus setiap hari sehingga mencapai 30 peratus sebulan dari jumlah wang yang telah dilaburkan," katanya.

Mazlan berkata, dua kereta mewah milik suspek turut dirampas selain merampas beberapa barang seperti 35 buah beg tangan dan 17 jam berjenama, 26 buku cek pelbagai akaun serta 16 keping silver bar (coin).

Beliau menambah, hasil serbuan di dua buah rumah itu, pihaknya merampas wang tunai berjumlah RM1.06 juta termasuk beberapa mata wang asing.

Katanya, empat laporan polis dibuat pada awal bulan ini.

Siasatan awal mendapati, seramai 200 orang telah menyertai skim pelaburan tersebut.


Baca lebih lanjut di KLIK DISINI

Isnin, 7 Ogos 2017

ANGGOTA POLIS TEMBAK DIRI SENDIRI

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di Taman Rekreasi Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Bonus, Setapak di sini hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, mayat anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat polis Bukit Aman itu ditemui kira-kira 11.30 pagi bersama sekeping nota.  

Menurutnya, unit forensik polis turut menemui satu botol air kosong, sepucuk pistol berkaliber 38, satu kelongsong peluru dan sebutir peluru hidup.

"Hasil siasatan ke atas nota yang ditinggalkan menunjukkan mangsa dipercayai mempunyai masalah dengan keluarga," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.-Bernama


Ahad, 6 Ogos 2017

AZMIN ALI BERLAGAK BIJAK

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bakal mengambil tindakan saman Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berikutan keengganannya untuk mengambil tindakan terhadap ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low berhubung isu 1MDB.

Peguam Azmin, Latheefa Koya berkata, Azmin sebelum ini telah memberikan tempoh masa kepada Khalid untuk menjalankan tugasnya bagi mengambil tindakan terhadap Jho Low, namun sehingga kini tiada sebarang langkah susulan diambil terhadap pihak tersebut.

“Kami tidak akan lagi menunggu sehingga tamat tempoh 14 hari notis tuntutan itu untuk mengambil tindakan seterusnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Selasa lalu, Azmin melalui peguamnya menghantar notis undang-undang kepada Khalid menuntut beliau untuk menjalankan tugas dan mengeluarkan waran tangkap terhadap Jho Low.

Namun begitu, Khalid enggan untuk mengeluarkan sebarang respons terhadap desakan Azmin yang meminta supaya Jho Low dibawa pulang ke negara ini.

Sumber: KLIK DISINI


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...