Khamis, 23 Ogos 2012

Pinjam bank untuk judi mesin slot


SHAH ALAM: “Saya hanya fikir nak bunuh diri saja,” kata Hashim, 48, (bukan nama sebenar) yang kini mengalami tekanan hidup selepas berhutang hampir RM160,000 termasuk dengan along selepas ketagih bermain judi dengan mesin slot sejak dua tahun lalu.

Hashim ketika ditemui berkata, dia mula ketagih dengan aktiviti itu selepas mengikut beberapa rakannya sebelum mula menghabiskan masa di pusat perjudian haram di sekitar Kuala Lumpur, Damansara, Cheras dan Kuala Selangor. 


Malah, bapa kepada seorang anak ini pernah menghabiskan RM8,000 sehari dengan bermain mesin slot. 

“Judi ini memang ‘berhantu’. Kita akan terus main selagi tak menang. Bila kalah nak menang, bila menang pula, nak menang lagi banyak,” katanya.

Awang Hitam baling 'bom' - sudah keterlaluan


KUALA LUMPUR: “Ketika itu, saya dan lima rakan hendak melintas jalan sebelum seorang lelaki warga Afrika tiba-tiba membaling beg plastik hitam mengandungi molotov koktel ke arah kami,” kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Shirlie.

Wanita berusia 27 tahun itu cedera kedua-dua kakinya selepas molotov koktel dilempar lelaki itu meletup di hadapannya di Jalan Tun Razak, di sini, jam 5 petang kelmarin.


Shirlie berkata, ketika kejadian dia bersama lima rakannya ingin ke restoran bertentangan dengan Menara Icon di selepas menghadiri satu persembahan hiburan.



Menurutnya, ketika itu mereka nampak seorang lelaki Afrika memegang bungkusan makanan di tangannya yang berjalan di belakang mereka dan pakaian suspek yang kemas membuatkan mereka tidak mengesyaki apa-apa.


Lelaki parah ditembak selepas serang polis

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai anggota kumpulan samseng cedera ditembak selepas menyerang pasukan polis yang cuba menahannya kerana terbabit dalam pergaduhan di sebuah pangsapuri di Pandan Perdana, dekat sini, Isnin lalu.


Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintenden Md Nazri Zawawi, berkata sebelum itu polis menerima laporan mengenai pergaduhan dua kumpulan di kawasan pangsapuri berkenaan 1.15 pagi sebelum menghantar sepasukan lapan anggota ke tempat kejadian.



Guru, anak lelaki cedera diserang samseng

Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU: Dua beranak cedera di muka, kepala dan badan selepas diserang dan dipukul sekumpulan lelaki tidak dikenali di Jalan Sultan Mahmud di sini, lewat tengah malam tadi. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, dalam kejadian 12.30 tengah malam itu, guru yang berusia 46 tahun tersebut bersama isteri dan tiga anak mereka dalam perjalanan dari Chendering ke Kuala Terengganu. Ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat Batu Buruk, kereta yang 

dinaiki keluarga guru itu dihimpit sebuah kereta Perodua Myvi yang dinaiki lima lelaki, dengan seorang daripada mereka menunjukkan isyarat lucah. 

Disamun ketika kutip sewa lori


Ahmad Termizi Abd Haq
IPOH – Seorang ahli perniagaan kerugian sejumlah RM5,000 apabila wang sewaan lori miliknya disamun tiga lelaki bertopeng berhampiran sebuah restoran di Kawasan Industri IGB, Kampung Tawas di sini, semalam.
Kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu berlaku ketika ahli perniagaan berusia 39 tahun berkenaan selesai mengutip wang sewa lori di kawasan industri terbabit.
Difahamkan, seorang anggota polis yang kebetulan berada di kawasan itu cuba menangkap suspek namun, satu das tembakan telah dilepaskannya dalam cubaan untuk meloloskan diri.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Termizi Abd Haq berkata, ketika kejadian seorang suspek wanita menunggu di dalam kereta manakala tiga yang lain cuba menyamun mangsa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...