Rabu, 6 Mac 2013

TABUNG KEBAJIKAN PDRM - PENCEROBOHAN LAHAD DATU



Rakyat Malaysia yang prihatin yang ingin menghulurkan bantuan kepada balu-balu dan anak-anak mangsa terkorban dan cedera dalam insiden pencerobohan di Sabah boleh berbuat demikian TABUNG KEBAJIKAN PDRM.

Nombor Akaun Maybank: 564100004646 Atau sumbangan cek boleh dihantar terus kepada Pegawai Kebajikan Pasukan Bukit Aman, Kuala Lumpur. Slip bank sumbangan boleh dikirim kepada Pegawai Kebajikan Pasukan di alamat Tingkat 26, Menara 2,50560,Kuala Lumpur.

Emel : kebajikan_ba@rmp.gov.my Faks : 03-26912501.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 03-22668036/8038. PDRM mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan warga Malaysia yang ingin menghulurkan bantuan kewangan untuk meringankan beban keluarga perwira-perwira yang terkorban. - PDRM 

Sebarkan..! INILAH DIA PENGKHIANAT


Mohon kerjasama untuk memanjangkan bacaan dan gambar dibawah bagi membantu pihak berkuasa memberkas mereka..! Dalangnya kita satu dunia dah tahu..! Dalangnya Anwar Ibrahim..namun dibawah ini pula ialah tali barut dan barua barua yang perlu dibawa ke muka pengadilan..!

Berikut adalah wajah-wajah Yang Dikehendaki (Wanted) di laman sosial Facebook kerana mengugut, menghina dan cuba memfitnah Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Kita lihat satu persatu:

Akaun Facebook Dedah Agenda Rahsia Misuari – Anwar


PENDEDAHAN YANG CUKUP SERIOUS !!!! 
AIDCNews – 05/03/12 – Kecondongan pendirian Ketua MNLF (Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro), Nur Misuari menyokong politik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mula dikesan sejak Januari 2013 lagi, dedah satu akaun Facebook atas nama Asree Sug.
Pemilik Facebook itu turut mendedahkan matlamat  Perhimpunan Nur Misuari dan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) di Pulau Jolo, Sulu pada 3 Januari lalu di mana agendanya adalah seperti berikut:

Selasa, 5 Mac 2013

Isu Lahad Datu: Terkini, 20 Pengganas Sulu Terbunuh


ops-sulu[1]
Setakat ini 20 orang pengganas Sulu telah terbunuh dalam serangan besar-besaran oleh pasukan keselamatan negara dan mayatnya telah ditemui di sekitar Kg Tanduo, Lahad Datu. (sumber: Utusan Online)

Ini bermakna sehingga kini 38 pengganas Sulu berjaya dibunuh termasuk 12 orang yang berjaya ditembak mati semasa pertempuran pertama di Lahad Datu dan 6 orang lagi ditembak mati ketika pertempuran kedua di Kpg Sri Jaya, Simunul, Sampoerna.

Menurut laporan oleh Utusan Online juga, pihak keselamatan masih meneruskan usaha-usaha penggeledahan bagi mencari saki baki pengganas yang masih hidup atau yang telah terbunuh.

YANG DIPERTUAN AGONG UCAP TAKZIAH KEPADA KELUARGA PEGAWAI DAN ANGGOTA POLIS YANG TERKORBAN


KUALA LUMPUR, 4 Mac - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia yang terkorban semasa menjalankan tugas mempertahankan kedaulatan negara di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, Seri Paduka amat berdukacita di atas kehilangan pahlawan negara tersebut.

Seri Paduka juga berdoa semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...