Jumaat, 5 April 2013

PERMOHONAN PERMIT CERAMAH AKAN DITAPIS


Setiap permohonan permit ceramah sepanjang tempoh berkempen ketika Pilihanraya Umum ke-13 nanti akan ditapis oleh PDRM.

Permit dan kelulusan pada setiap calon yang bertanding tidak akan diberi sewenang-wenangnya jika ceramah anjuran mereka boleh mengancam keselamatan masyarakat. 

Semua calon parti politik yang ingin mengadakan program ceramah sepanjang PRU ke-13 dinasihatkan memohon permit kelulusan kerana jika tidak mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang.

SYAK PENGHANTAR BEKALAN JADI DALANG


Seorang anggota keselamatan mendedahkan beliau berjaya menembak mati enam pengganas Kiram di Tanjung Labian selepas menjejaki seorang penduduk kampung yang menghantar bekalan makanan kepada kumpulan berkenaan.

Katanya, beliau mengesyaki sesuatu selepas terserempak dengan penduduk tersebut yang membawa beberapa ketul ikan goreng yang didakwa untuk neneknya.

Siasatan lanjut mendapati bekalan ikan goreng tersebut adalah untuk enam pengganas Kiram termasuk dua wanita yang bersembunyi di dalam dua buah rumah sebelum mengatur strategi serangan untuk menghapuskan musuh berkenaan. 

PRU13: POLIS PANTAU PERANG SIBER YANG SEMAKIN RANCAK


Kuala Lumpur, 5 April - Polis hari ini mengulangi ingatan kepada pihak yang berkenaan agar berhati-hati ketika membuat kenyataan menerusi media sosial sepanjang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini, bagi mengelak pelanggaran undang-undang terutama berkaitan hasutan.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yusof berkata ini berikutan perang siber semakin rancak sekarang, membabitkan parti politik, penyokong mereka dan pelbagai pihak lain. 

LELAKI TEMPATAN DAN WANITA ASING DITAHAN DALAM OPERASI DAULAT


Lahad Datu, 5 April - Seorang lagi lelaki tempatan ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dalam operasi polis bagi membanteras saki-baki penceroboh dari Selatan Filipina di Sabah. 

Lelaki berusia 38 tahun itu ditahan di Tanjung Aru, Kota Kinabalu petang semalam, kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Tan Kok Liang.

Beliau berkata dalam Operasi Daulat semalam, polis turut menahan seorang wanita berusia 45 tahun yang mempunyai kad identiti dari kesultanan Sulu di Kampung Sungai Bilis, Felda Sahabat dekat sini.

LAPAN INDIVIDU DICARI


SELAMA – 03 April 2013. Pihak polis sedang mencari lapan individu yang dipercayai dapat membantu menyelesaikan pelbagai kes jenayah.

Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Superintendan Wan Jamil Wan Chik berkata, individu pertama dikenali sebagai Mohd Najib Mat Kassim, 35, dari Changkat Jering dan dipercayai terlibat dalam kes mencederakan orang.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

“Individu kedua, Mohd Khairul Anuar Abd Hamid, 31 tahun dari Felda Gunung Besout 1, Sungkai dicari atas kesalahan pecah rumah dan curi motosikal,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...