Jumaat, 4 Oktober 2013

'PDRM tak seleweng aset RM1.3j'


Putrajaya: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tiada penyelewengan berhubung kehilangan aset Polis Diraja Malaysia (PDRM) bernilai RM1.3 juta seperti mana termaktub dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012. 

Katanya, kehilangan 309 aset itu sudah pun dijelaskan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewakili PDRM sebaik menerima laporan audit, namun tidak sempat dimasukkan dalam laporan audit berkenaan. 

Beliau berkata, pihaknya sudah mengadakan mesyuarat teknikal dan beberapa kali memberi maklum balas yang diperlukan termasuk pada saat akhir sebelum laporan audit itu dicetak. 



Khamis, 3 Oktober 2013

Tiga penjenayah dikehendaki ditembak mati

Gambar hiasan
GERIK - Tiga lelaki yang dikehendaki kerana terlibat dalam beberapa kes bunuh dan samun termasuk pembunuhan seorang peniaga kedai nasi kukus di Kampung Cacar, Paka, Dungun 13 Ogos lalu, ditembak mati pada Ops Cantas di Jalan Intan di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, dalam kejadian pukul 1.40 pagi itu tiga lelaki berusia 25 hingga 34 tahun berkenaan dikatakan menembak ke arah polis selepas kenderaan mereka diarahkan berhenti di hadapan Bangunan Persekutuan di sini.
Katanya, selain pembunuhan peniaga nasi kukus itu, tiga penjenayah berkenaan dipercayai sekurang-kurangnya terlibat dalam lima lagi kes samun, curi kereta dan bunuh sejak Januari lalu.

PDRM bakal dapat aset baharu, mantapkan peranan

PUTRAJAYA,2 Okt. - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperoleh tujuh aset baharu dalam tempoh terdekat untuk memantapkan lagi tugasan pasukan itu.

Beliau berkata, aset berkenaan merupakan alat komunikasi dan teknologi maklumat serta peralatan bagi sistem pengumpulan penganalisaan maklumat jenayah, khusus untuk Jabatan Siasatan Jenayah PDRM.

Selain itu, PDRM juga akan menerima peralatan tambahan forensik untuk mengukur keupayaan dan keberkesanan penyiasatan di tempat-tempat kejadian, katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri '3rd General Police and Special Equipment Exhibition and Conference Asia' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Selasa, 1 Oktober 2013

309 aset PDRM hilang dengan kerugian RM1.33 juta - Laporan Ketua Audit Negara


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) kehilangan 309 unit aset meliputi gari, senjata api dan kenderaan bernilai RM1.33 juta, dedah Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dikeluarkan hari ini. 

Barangan yang hilang itu direkodkan dalam tempoh 2010 hingga 2012 dengan kehilangan gari mencatat kes paling tinggi, sebanyak 156, diikuti senjata api (44) dan kenderaan polis (29). 

Jenis senjata api yang dilaporkan hilang itu bagaimanapun tidak dinyatakan. 

Turut dilaporkan hilang ialah 26 walkie-talkie, enam kamera, empat komputer dan 22 radio. 

Isnin, 30 September 2013

AKTA PENCEGAHAN JENAYAH 1959 (PCA) TERPAKAI UNTUK PENJENAYAH SAHAJA

AKTA PENCEGAHAN JENAYAH 1959 (PCA) TERPAKAI UNTUK PENJENAYAH SAHAJA : Pindaan terhadap Akta Pencegahan Jenayah 1959 (PCA) hanya terpakai 100 peratus terhadap penjenayah dan tidak sepatutnya dimanipulasi kononnya untuk menyekat, menahan, dan memenjarakan pihak yang mempunyai fahaman politik berbeza. 

Ia bertujuan pencegahan dan tidak ada penahan tanpa bicara kerana jika keputusan Lembaga Pencegahan Jenayah (yang akan ditubuhkan) tidak memuaskan hati peguam penjenayah yang ditahan, ia boleh terus dibawa ke mahkamah tinggi, bukan atas nama rayuan 'habeas corpus'.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...