Rabu, 3 Disember 2014
Polis Tumpas Sindiket Dadah di Pulau Pinang
GEORGE TOWN: Polis menyerbu sebuah makmal dadah
di Sungai Ara di sini dan menumpaskan sindiket dadah tempatan yang aktif di
Pulau Pinang dan Kedah sejak setahun lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
(JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata polis telah
merampas sejumlah 6.5kg dadah bernilai RM750,000.
Beliau berkata, polis turut menahan 12 penduduk tempatan termasuk dua wanita semasa operasi pada 28 November di sebuah rumah di Sungai Ara dan sebuah kondominium di George Town.
Nenek trauma diacu pisau di Besut
Besut - Seorang nenek berdepan detik cemas
apabila lehernya diacu pisau oleh seorang penjenayah sebelum meragut rantai
lehernya di Kampung Batu 12, Bekok, di sini, dekat Hulu Besut, kelmarin.
Akibat peristiwa hitam itu, mangsa yang
berada bersama suami ketika kejadian mengalami trauma sehingga tidak lena tidur
dan rasa berdebar-debar.
Kejadian kira-kira jam 10 pagi itu
dipercayai berlaku ketika mangsa, Fatimah Abas, 67, sedang menyapu di halaman
rumah sebelum didatangi seorang penjenayah bersenjatakan pisau.
Selasa, 2 Disember 2014
Mangsa culik di Selayang ditemui dikerat, ditanam di Bidor
![]() |
| Gambar hiasan |
TANJUNG MALIM 1 Dis. - Polis menemui mayat seorang lelaki yang dikerat kedua-dua kaki dan tangan ditanam dalam satu lubang di kawasan sebuah kilang di Bidor dekat sini petang ini.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala
Lumpur, Asisten komisioner Khairi Ahrasa berkata, mangsa yang berusia 35 tahun sebelum itu telah diculik di restorannya di Pasar Borong Selayang pada 12 November lalu.
Menurutnya,
dalam kejadian kira- kira pukul 6.10 petang itu, mangsa telah diculik oleh
empat lelaki yang bersenjata pistol dan parang. - UTUSAN ONLINE
14 Kertas Siasatan Dibuka Berhubung Penyebaran Fitnah Di Laman Sosial
KUALA LUMPUR: Persidangan
Dewan Negara diberitahu bahawa polis membuka 14 kertas siasatan berkaitan
kesalahan penyebaran fitnah di laman sosial dan siber, pada tahun ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku
Jaafar berkata, daripada jumlah itu lima kes masih dalam siasatan dan dua kes
telah didakwa di mahkamah.
"Bagi kes yang dituduh di mahkamah, satu kes masih
dalam perbicaraan dengan diberi jamin RM4,000 dan satu kes telah dijatuhkan
hukuman denda RM10,500 pada 20 November 2014," katanya menjawab soalan
Senator Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam di sini, Isnin.
Langgan:
Catatan (Atom)




