Khamis, 18 Disember 2014

Macau Scam tumpas di KL


KUALA LUMPUR: Kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Republik China (Polis China) berjaya menumpaskan sindiket penipuan melalui panggilan telefon atau Macau Scam yang menjadikan negara ini sebagai pusat operasi.

Dalam operasi di sekitar ibu negara semalam, polis menahan 27 warga China dan 30 warga Taiwan dalam tiga serbuan berasingan selepas pemantauan dan risikan sejak seminggu lalu.

Sindiket antarabangsa itu menjadikan Malaysia sebagai markas operasi bagi menipu rakyat China di negara itu hingga mengakibatkan kerugian puluhan juta ringgit.

Modus operandi ialah dengan menyamar sebagai wakil bank dan menghubungi mangsa di China untuk memaklumkan mengenai pembayaran bil kad kredit atau pinjaman tertunggak yang perlu dijelaskan segera walaupun mangsa tidak pernah membuat sebarang urusan perbankan seperti yang didakwa.


Rabu, 17 Disember 2014

‘Datuk’ dan tujuh lelaki curi lukisan RM1.5 juta

Gambar hiasan
SEPANG, 16 Disember: Seorang lelaki yang bergelar ‘Datuk’ ditahan bersama tujuh suspek termasuk dua pensyarah institut pengajian tinggi pada 6 dan 7 Disember lalu kerana disyaki terlibat dalam kes curi lukisan bernilai RM1.5 juta.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Awang berkata, lelaki yang bergelar ‘Datuk’ itu dipercayai pemilik galeri lukisan yang terbabit mencuri enam lukisan milik pelukis warga China.

Warga emas ditemui mati dalam keadaan menyayat hati


Seorang wanita warga emas yang hilang sejak Jumaat lepas, ditemui mati dalam keadaan menyayat hati, di sebuah kawasan paya di Kampung Lintah, petang tadi.

Wanita berusia 81 tahun yang dikenali sebagai Aton Manap itu, ditemui penduduk kampung berkenaan yang menyertai operasi mencari mangsa kira-kira jam 5.20 petang Selasa, di sebuah ladang kelapa sawit.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintenden Ahmad Mat Isa berkata, mangsa yang mengalami masalah nyanyuk, ditemui terbaring berhampiran paya di ladang sawit itu.

Ahad, 14 Disember 2014

Polis Buru Dua Warga Afrika Berhubung Kes Rompak


KUALA LUMPUR: Lelaki warganegara Malaysia dan Hong Kong berada dalam keadaan kritikal selepas mereka didakwa ditetak oleh dua warga Afrika di sebuah hotel di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Supritendan A. Asmadi Abd. Aziz berkata, polis telah dimaklumkan mengenai kes tersebut sekitar pukul 9 malam Khamis.

"Kita sedang memburu dua lelaki Afrika yang dipercayai menjadi sebahagian daripada sindiket rompakan di sini.

Anggota Polis Ditemui Mati Bunuh Diri


LABUAN: Seorang anggota polis ditemui mati dengan kesan tembakan di bahagian kepala di rumahnya awal Jumaat dan sepucuk pistol turut ditemui di sisi mayatnya.

Ketua Polis Daerah Labuan Superintendan Adzhar Othman berkata, Lans Koperal Mohd Sobri Abd Rahman, 29, ditemui mati pada 12.20 pagi dan beliau pulang ke rumah pada 11.30 malam selepas menjalankan tugasan rondaan, malam Khamis.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...