Isnin, 21 September 2015

Kes Bunuh Morais: Seorang Lagi Ditahan Polis

KUALA LUMPUR: Polis berjaya menahan seorang daripada dua lagi lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan Anthony Kevin Morais, kurang daripada 24 jam selepas maklumat awal mengenai mereka didedahkan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata lelaki berkenaan, M.Vishwanath, 25, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, ditahan di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah, malam Ahad.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati lelaki berkenaan bagaimanapun tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Ahad, 20 September 2015

Pembunuhan Morais: Polis cari dua lelaki

Diniswaran dan Vishwanath bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kevin Morais

KUALA LUMPUR, 20 September:

Polis mencari dua lelaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, Kevin Anthony Morais.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, gambar kedua-dua individu terbabit dikeluarkan hari ini untuk disiarkan menerusi semua rangkaian balai polis dan media di negara ini.

Katanya, dua individu ini berasal dari Kedah iaitu R Dinishwaran, 23, dengan alamat terakhir di Batu Pekaka Estate manakala seorang lagi ialah M Vishwananth, 25, dengan alamat terakhir di Taman Desa Karangan, Sungai Karangan.

2 lelaki yang nekad merompak kelab malam


KUALA LUMPUR, 20 September:

Kail panjang hanya sejengkal tapi niat hati meredah lautan.
Itu yang boleh diumpamakan terhadap tindakan dua lelaki yang nekad merompak kelab malam, awal pagi tadi, namun cubaan mereka gagal apabila mereka tertangkap.

Difahamkan, lelaki berusia 22 tahun dan 29 tahun itu, dengan hanya menaiki dua motosikal jenis Yamaha LC dan Yamaha Nouvo menuju ke kelab malam di Plaza Medan Putra 6, Bandar Manjalara, Kepong pada jam 3.33 pagi tadi.

Dengan hanya berbekalkan beg hitam, mereka dikatakan menghampiri premis berkenaan ketika pemiliknya sedang bersiap-siap untuk pulang.

Sabtu, 19 September 2015

Khairuddin ditahan polis dapatkan perintah reman


KUALA LUMPUR, 18 Sept:

Bekas pemimpin Umno, Khairuddin Abu Hassan yang ditahan oleh polis pada jam 7 malam tadi akan ditahan malam ini di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Peguam Matthias Chang mengesahkan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman esok.

Penahanan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu disahkan oleh isterinya Datin Umi Khalsum Rahmad Ali atau lebih dikenali sebagai Umie Aida melalui akaun Instagram miliknya, hari ini.

Jumaat, 18 September 2015

Nurul Izzah akan disiasat


SHAH ALAM - Nurul Izzah Anwar akan disiasat kerana dipercayai terbabit dalam aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen.

Menurut laporan The Malaysian Insider, polis hadir ke pejabat Naib Presiden PKR tersebut untuk soal siasat tetapi Nurul Izzah tiada.

“Nurul Izzah disiasat mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan tetapi masih belum disoal siasat,” kata peguam Nurul Izzah, Latheefa Koya.

Pada waktu ini, Nurul Izzah berada di Amerika Syarikat dalam usahanya mengumpul tekanan antarabangsa terhadap kerajaan untuk memberi bantuan perubatan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...