Sabtu, 20 Februari 2016

Anggota Rela Rempuh Kereta SPRM Ketika Cuba Larikan Diri Daripada Ditahan

SEREMBAN, 19 Feb (Bernama) -- Bimbang ditahan selepas menerima rasuah, seorang anggota Rela yang menyamar sebagai pegawai Imigresen bertindak merempuh kenderaan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang tadi, suspek lelaki berusia 38 tahun yang menaiki Proton Wira Aeroback itu ditahan di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Seremban 2.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata suspek dipercayai telah meminta rasuah sebanyak RM2,000 bagaimanapun telah menerima rasuah sebanyak RM800 daripada seorang peniaga perabut berusia 37 tahun.

PDRM, Interpol Bekerjasama Rapat Sekat Kepulangan 132 Militan Daesh

KUCHING, 20 Feb (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama rapat dengan Interpol untuk memastikan 132 rakyat Malaysia yang menganggotai kumpulan militan Daesh di Syria dan Iraq, tidak kembali ke negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerjasama ini bertujuan memastikan keharmonian hubungan agama dan kaum serta perpaduan dan kestabilan negara, tidak terancam.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Majlis Bandaraya Kuching Selatan di sini, Sabtu.

Khamis, 18 Februari 2016

Pensyarah Kolej Disamun, Honda Accord Dilarikan

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Seorang pensyarah kolej terpaksa berputih mata apabila kereta Honda Accord miliknya dilarikan dua lelaki yang tidak dikenali, di Batu Caves, hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata ketika kejadian pukul 7 pagi itu, mangsa yang berusia 59 tahun berada di hadapan rumahnya.

Beliau berkata salah seorang suspek bertindak meletakkan pisau di leher mangsa dan mengarahkannya memandu kereta itu menghala ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) sebelum berhenti di sebuah stesen minyak.

Dua Sarjan Polis Ditahan SPRM Negeri Sembilan

SEREMBAN, 17 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menahan dua anggota polis dipercayai meminta dan menerima rasuah daripada seorang suspek berhubung kesalahan berkaitan dadah.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata kedua-dua sarjan polis berusia 28 dan 30 tahun itu ditahan berhampiran sebuah restoran di Temiang di sini, pada 7.30 petang tadi.

Rabu, 17 Februari 2016

Polis tahan suami pukul isteri di tepi jalan

BATU PAHAT: Polis menahan seorang lelaki yang memukul isterinya menggunakan kasut di tepi jalan berhampiran pintu masuk Plaza Tol Ayer Hitam, di kediamannya di Taman Sri Kluang, dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad, berkata lelaki berusia 44 tahun itu ditahan pada jam 7.30 malam dan kini direman empat hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Katanya, suspek ditahan hasil maklumat orang awam yang tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat di sini, yang mengecam kenderaan suspek dan menyaksikan insiden berkenaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...