Rabu, 6 April 2016

Rafizi ditahan bawah OSA

KUALA LUMPUR 4 April – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli hari ini ditahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) berikutan pendedahannya mengenai dokumen Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang mendakwa hubungan antara 1MDB dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Rafizi ditahan di luar bangunan Parlimen kira-kira pukul 6 petang oleh 10 pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman Twitternya turut mengesahkan penahan Ahli Parlimen pandan terbabit.

Lans Koperal Bersama Dua Lelaki Ditahan Bantu Kes Curi Kabel Letrik

KAMPUNG RAJA - Tiga lelaki termasuk seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal ditahan untuk membantu kes kecurian kabel elektrik di Jalan Keruak Gunung Bongsu dekat Kampung Pak Sik, Hulu Besut di sini.

Anggota terbabit yang berusia 35 tahun ditahan bersama dua individu lain yang berusia 20 dan 26 tahun di sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Baru Belaoh dekat Keruak, Hulu Besut.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata, anggota terbabit yang sebelum ini didapati tidak hadir bertugas di sebuah balai polis di negeri lain sejak Februari lalu ditahan dalam satu serbuan Ops Lusuh oleh Pasukan Khas Bahagian Siasatan Jenayah Daerah sekitar jam 5 pagi hingga 1 petang kelmarin.

Selasa, 5 April 2016

NAIB KETUA PEMUDA AMANAH DITANGKAP

Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin ditangkap polis di perkarangan ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur. – Gambar FMT
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohmad Salleh, Shazni ditangkap hari ini pada jam 2.30 petang bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.
“Suspek kini ditahan di balai polis jinjang dan permohonan reman akan dibuat pada 5 April 2016 (esok),” kata Mohmad dalam kenyataan.
Kesalahan bawah seksyen 4(1) berkaitan kesalahan kecenderungan menghasut menggunakan perkataan atau penerbitan. – Mkini

Isnin, 4 April 2016

Mempertingkatkan pengawasan dan kawalan keselamatan di perairan Sabah

Tentera Darat telah menghantar tiga batalion anggota untuk meningkatkan pengawasan dan kawalan keselamatan di perairan Sabah, kata Panglima Tentera Darat, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.
Beliau berkata, pasukan tambahan itu akan membantu pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).
"Ketiga-tiba batalion terbabit telah digerakkan ke pesisir pantai Sabah dan diletakan di bawah Angkatan Tugas Bersama (ATB) untuk memperkukuhkan lagi kawalan keselamatan Esscom," katanya.

Jumaat, 1 April 2016

Janin Ditemui Dalam Lubang Tandas Klinik Kesihatan

Gambar Hiasan
JOHOR BARU: Satu janin lelaki, yang dianggarkan berusia enam bulan, ditemui di dalam lubang tandas di Klinik Kesihatan Ayer Baloi dekat Pontian, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Pontian, Supt Zakaria Abd Rahman berkata, janin yang sempurna sifat itu ditemui seorang pembantu kesihatan awam klinik berkenaan pada 11 pagi.
"Pembantu kesihatan awam berkenaan memeriksa tandas itu selepas seorang kakitangan klinik memberitahu ia tersumbat.
"Selepas tandas itu dipam, pembantu kesihatan itu menemukan janin berkenaan yang menyebabkannya tersumbat," katanya semasa dihubungi pada Khamis.
Zakaria berkata, objek itu kemudian disahkan sebagai janin oleh seorang doktor yang bertugas di klinik itu dan laporan mengenainya dibuat di Balai Polis Ayer Baloi pada 12.10 tengah hari Rabu.
Beliau berkata, janin itu dihantar ke Hospital Pontian untuk pemeriksaan lanjut dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...