Ahad, 18 Jun 2017

Diberkas bersama sepucuk pistol, peluru hidup

Gambar Hiasan
Seorang penganggur berusia 40 tahun ditahan bersama sepucuk pistol dan peluru hidup kira-kira pukul 12 tengah hari di Kampung Saujana, Setiu, Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Fazlisyam Abdul Majid berkata, pistol jenis Revolver .38 itu dijumpai di bahagian dapur rumah lelaki berkenaan yang disorokkan di dalam sebuah beg.

"Hasil pemeriksaan lanjut juga kita menemukan 10 butir peluru hidup bersama pistol tersebut. Kita masih menyiasat dari mana suspek memperoleh pistol berkenaan dan motif memilikinya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Fazlisyam berkata, polis tidak menolak kemungkinan suspek yang tidak mempunyai pekerjaan itu seorang pengedar dadah.

Bagaimanapun, hasil siasatan polis tidak menemui dadah di dalam rumah suspek yang dihuni bersama abangnya yang juga orang kurang upaya (OKU), katanya.

"Suspek direman selama tujuh hari mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960," katanya. – Bernama.


Sumber: KLIK DISINI

Jumaat, 16 Jun 2017

KAMERA ‘ICORP’ OPS SELAMAT 11 SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan kamera Intelligent Compound Online Payment System (iCOPS) bagi memantapkan keberkesanan operasi sepanjang Ops Selamat 11/2017 bermula Ahad ini sehingga 2 Julai.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kamera berkenaan mampu mengesan kehadiran kenderaan melalui pengimbasan nombor pendaftaran yang dikehendaki dalam senarai ‘Hotlist’.
Katanya, kamera itu dilengkapi gelung maya dan penataan infra merah yang membolehkan nombor pendaftaran dilihat lebih jelas.
“Alat ini efektif dan berjaya meningkatkan kutipan saman semasa operasi saman tertunggak warga asing serta beberapa siri tangkapan kes-kes pendaftaran palsu, kenderaan klon dan cukai jalan palsu,” katanya selepas melancarkan Ops Selamat 11/2017 sempena Hari Raya Aidilfitri 2017 di Menara TM hari ini.

Rabu, 14 Jun 2017

'Saya tak akan lindungi sesiapa termasuk ahli keluarga'

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan tidak akan melindungi mana-mana individu termasuk ahli keluarganya sekiranya terlibat dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang.

"Saya akan beri kerjasama penuh dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sama sekali tidak akan bersekongkol dengan aktiviti yang menyalahi undang-undang.

"Ramai yang kenal saya dan ahli keluarga saya. Kalau mereka melakukan aktiviti yang menyalahi undang-undang, mereka kena jawab," katanya dalam sidang media selepas melancarkan  Ops Selamat 11/2017 sempena Hari Raya Aidilfitri 2017 di Menara TM di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan portal Sarawak Report tentang K Gopinathan iaitu suspek dipercayai terlibat dalam kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram di sekitar Melaka mempunyai kaitan dengan Khalid serta ahli keluarganya.

Selasa, 13 Jun 2017

TAUKEH JUDI BIAYAI PARTI POLITIK

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi khuatir ada sindiket yang akan menggunakan hasil kegiatan mereka untuk membiayai parti-parti politik, terutama semasa pilihan raya umum.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu boleh berlaku jika
kegiatan judi tidak dihapuskan sepenuhnya.
"Ini bukan tuduhan, cuma dikhuatiri (berlaku pembiayaan parti politik)," beliau dipetik sebagai berkata pada program Penerapan Nilai-nilai Murni Ramadan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sebuah masjid di Balik Pulau, hari ini.
Timbalannya di KDN Datuk Nur Jazlan Mohamed, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Chuah Ghee Lye, pegawai-pegawai kanan Bukit Aman dan kontinjen negeri turut hadir dalam acara itu.

Isnin, 12 Jun 2017

KAJI SELIDIK JENAYAH SIBER DAN LOVE SCAM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Bukit Aman sedang berusaha untuk mendapatkan maklum balas dan pandangan daripada masyarakat (responden) berhubung kesedaran mengenai jenayah siber dan 'Love Scam'.
Kedua-dua soalan bagi kaji selidik tersebut boleh dicapai menerusi laman web rasmi JSJK di bawah:
Diharapkan dengan kerjasama yang diberikan oleh anda selaku responden akan dapat membantu pihak polis mendapatkan maklumat yang tepat mengenai tahap kesedaran mengenai jenayah siber dan 'Love Scam'.

Sumber: KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...