SEBUAH hotel di Jalan Cheras, Kuala Lumpur yang disewa sekumpulan 30 orang untuk berpesta menyambut hari jadi Sabtu lalu. |
KUALA LUMPUR – Keseronokan sekumpulan 30 orang termasuk lima wanita yang menyambut hari lahir dalam sebuah bilik hotel di Jalan Cheras di sini tidak berpanjangan apabila mereka ditahan.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh berkata, serbuan pada pukul 4 pagi Sabtu lalu dibuat selepas polis menerima aduan mengenai bunyi bising dari salah sebuah bilik hotel di situ.
“Kita menghantar sepasukan polis selepas ada penghuni di hotel sama memaklumkan tidak tahan dengan bunyi bising dari bilik hotel yang disewa kumpulan tersebut,” kata beliau di sini semalam.