Rabu, 9 Mei 2012

Culik Nayati: 5 suspek diberkas, 2 larikan diri


KUALA LUMPUR – Empat lelaki dan seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kes penculikan kanak-kanak warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar pada 27 April lepas, berjaya ditangkap, manakala dua perancang utama kes itu dipercayai melarikan diri ke luar negara.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin dalam sidang akhbar di sini hari ini berkata, lima suspek berumur antara 18 hingga 40 tahun itu direman selama 14 hari bermula semalam.
Hasil tangkapan itu, polis menemui semula sebahagian daripada wang tebusan yang dibayar keluarga Nayati kepada suspek, katanya.
"Polis masih mengesan dua lagi suspek yang terlibat dalam kes ini yang dipercayai menjadi perancang utama penculikan Nayati, dan daripada maklumat yang kami terima kedua-dua suspek telah melarikan diri ke luar negara bersama sebahagian daripada wang tebusan,” katanya.
Beliau berkata, polis telah meminta bantuan polis antarabangsa (Interpol) untuk menahan dua suspek yang dipercayai melarikan diri ke Eropah itu.
"Kejayaan polis ini memberi keyakinan kepada warga asing bahawa negara kita selamat daripada anasir jenayah,” katanya. – BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...