Rabu, 9 Mei 2012

SERAH DIRI DALAM TEMPOH SATU MINGGU - WANTED BERSIH.3.0


Datuk Seri Mohd Bakri Zinin
KUALA LUMPUR - Polis memberi amaran terakhir kepada 129 individu yang disyaki terlibat dalam rusuhan ketika perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka 28 April lalu supaya tampil menyerah diri dalam tempoh seminggu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, jika tidak, polis akan melakukan tangkapan selepas berakhirnya tempoh amaran tersebut.

"Kita memerlukan kerjasama daripada individu yang sudah disenaraikan. Sehingga hari ini, hanya 12 individu yang ditahan dan sudah dibebaskan dengan jaminan polis.
"Ini amaran terakhir saya. Jika dalam tempoh seminggu tidak serah diri, kita akan melakukan tangkapan di rumah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kuala Lumpur, semalam.
Katanya, dalam pada itu, polis mengenal pasti 25 lagi individu yang disyaki melakukan kesalahan antaranya melanggar perintah mahkamah dan merusuh.
"Tampil serah diri. Bantu siasatan polis dan mereka boleh bawa peguam sendiri," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...