Rabu, 9 Mei 2012

Pasukan khas siasat kes culik ketua Wanita MIC


Image Detail
JOHOR BAHRU - Polis menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kes Ketua Wanita MIC Bahagian Pasir Gudang, K. Sundari, yang mendakwa dirinya diculik dan diserang kerana enggan melepaskan jawatan dalam parti itu.
“Ini kesalahan yang serius dan kita akan siasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik,” kata Ketua Polis Johor, DCP Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, pihaknya akan menyiasat kes dari semua sudut.
Sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan baru-baru ini bahawa Sundari telah diculik seorang wanita ketika bersembahyang di sebuah kuil di Plentong pada 10.30 malam 5 Mei lalu dan dibawa ke suatu tempat terpencil sebelum dikatakan ditampar, ditendang dan diugut. - BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...