Jumaat, 25 Mei 2012

Polis tumpaskan Geng Wan Tongek


Image Detail
KUALA LUMPUR – Polis menumpaskan geng curi motosikal dikenali sebagai ”Geng Wan Tongek”, yang bergiat aktif di sekitar Ampang, dengan tertangkapnya tiga lelaki Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, ketiga-tiga lelaki berusia antara 19 dan 25 tahun itu ditahan di Kampung Indah di sini.
Beliau berkata, dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Indah 2, Kampung Indah, yang dipercayai dijadikan bengkel haram itu, polis turut merampas lapan motosikal, 11 rangka motosikal serta pelbagai komponen motosikal yang dipercayai barang curi.
Tangkapan dibuat oleh pasukan Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Ampang susulan aduan orang awam.
Kesemua suspek didapati baru dibebaskan daripada tahanan di bawah Ordinan Darurat, dua bulan sebelum ini, katanya pada sidang media di sini hari ini.
Amiruddin berkata, ekoran rampasan itu, polis berjaya menyelesaikan 10 kes curi motosikal di kawasan Ampang Jaya sejak enam bulan lalu. – BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...