Sabtu, 23 Jun 2012

BOM BUATAN SENDIRI SEMAKINMEMBIMBANGKAN ???


hanya ilustrasi saja bukan asli, foto pinjam dok rohayadi wordpress.com via google

Suri rumah terima bungkusan bom meninggal


SUNGAI PETANI – Suri rumah, Tan Chin Fang, 48, mangsa bom buatan sendiri yang meletup sebaik memegang bungkusan ”hadiah” itu di depan rumahnya di sini semalam, meninggal dunia pagi ini.
Wanita itu disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini pada 9.15 pagi kerana komplikasi akibat kecederaan parah di tangan dan perut.
Suaminya, Ng Cheng Siang, 49, berkata, Chin Fang dimasukkan ke Hospital Pakar Metro sebelum dipindahkan ke HSAH untuk menjalani pembedahan lebih lima jam.
Beliau berkata, sebelum pembedahan, isterinya masih boleh bercakap serta meraung kesakitan tetapi selepas itu, keadaan Chin Fang semakin lemah sehingga tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia.
Pemilik kilang mee itu berkata, beliau berada di tingkat atas rumah mereka di Taman Angsana Sari ketika bungkusan bom yang dipegang isterinya meletup.
"Saya bergegas turun ke bawah selepas mendengar letupan dan mendapati isteri dan anak seorang saudara meraung kesakitan,” katanya ketika ditemui di rumah mayat HSAH hari ini.
Sementara itu, Chua Shang Hang, 11, yang terkena serpihan bom, selamat dan dalam keadaan stabil setelah menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama. – BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...