Gambar hiasan |
MIRI, 30 Julai (Bernama) -- Seorang ahli perniagaan berusia 48 tahun maut
selepas ditembak dari jarak dekat dalam kejadian berhampiran lampu isyarat di
Jalan Bendahara, di sini petang Isnin.
Mangsa yang juga pemilik sebuah
pusat hiburan di sini, sedang memandu kenderaan pacuan empat roda dalam
perjalanan balik ke rumahnya apabila ditembak di kepala dan leher dalam kejadian
5.30 petang itu.
Mangsa mati di tempat kejadian.
Kejadian turut
menyebabkan kesesakan jalan raya yang teruk kerana lokasi insiden merupakan
tempat tumpuan warga tempatan dan pelancong menjamu selera dan
berhibur.
Ketua Polis Miri Mun Kock Keong ketika dihubungi mengesahkan
kejadian dan berkata polis sedang menyiasat motif pembunuhan.
Kejadian
tembak itu adalah yang ketiga di negeri ini selepas kejadian pertama pada 11 Jan
lepas di Sibu dan kedua di Kuching pada 12 Julai.