Kondominium sarang maksiat
IPOH - Aksi ghairah dan berahi 'China Doll' yang dipercayai menjalankan kegiatan maksiat pada setiap malam, menyebabkan penduduk Kondominium Hill City, di sini, merasa seolah-olah mereka tinggal di pusat pelacuran.
Beliau memaklumkan, kondominium itu kerap diserbu polis dan Jabatan Imigresen namun kegiatanberkenaan masih gagal disekat,dan setiap malam pasti ada pelanggan keluar masuk ke dalam kondominium yang dipercayai disewa untuk kegiatan tidak bermoral itu.
"Mereka langsung tidak malu atau takut kerana bilangan terlalu ramai selain dipercayai dilindungi sindiket serta kongsi gelap. Ada antara mereka membawa balik pelanggan ke rumah selain membuat kacau serta mabuk di halaman rumah.
"Kadangkala, penduduk melihat 'China Doll' dalam keadaan separuh bogel terutama di kawasan kolam renang dan kawasan berhampiran kondominium," katanya ketika ditemui, kelmarin.
Seorang penghuni, Shirley Cheah, 40, kesal dengan kejadianyang memberi imej buruk kepada kondominium itu dan mengakui kehadiran wanita cantik dari China itu kurang disenangi ramai penduduk.
"Saya sudah tinggal selama 20 tahun di sini dan boleh saya katakan, situasi ini sangat membimbangkan terutama kepada penghuni yang mempunyai keluarga dan anak kecil. Ramai lelaki keluar masuk tanpa mengira waktu," katanya.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kesejahteraan Insan Negeri Perak (Wawasan), Fauzi Muda berkata, masalah itu perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana membabitkan kondominium itu sendiri, kawasan kediaman mewah lain dan kawasan sekitar bandar raya.
"Kita tidak mahu apa yang berlaku di kondominium itu memberi imej negatif kepada masyarakat. Lebih-lebih lagi kehadiran wanita cantik dari China yang diketahui umum bekerja sebagai pelacur atau pegawai perhubungan pelanggan (GRO) di beberapa kawasan sekitar Ipoh.
"Saya berharap pihak terbabit memandang serius mengenai perkara ini dan berharap tindakan segera dapat diambil,” katanya.
Dalam pada itu, jurucakap polis yang dihubungi memaklumkan sentiasa membuat pemantauan berkaitan dakwaan, malah siasatan akan dilakukan dan tindakan sewajarnya akan diambil.