Selasa, 7 Ogos 2012

Warga asing semakin berani dan bermaharajalela ??

Padah tegur warga asing bising
Yoon Fat (kanan) melihat keadaan motosikalnya yang sengaja dibakar oleh pihak tidak bertanggungjawab
Padah tegur warga asing bising


KEPONG- Disebabkan kerap menegur warga asing yang membuat bising di tangga apartmen, motosikal milik seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) musnah dibakar awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 3.40 pagi di Jalan Metro Perdana Timur 3, Taman Usahawan itu, mangsa, Soon Yoon Fatt, 41, berkata, kejadian disedari oleh isterinya selepas terbau asap.
Menurutnya, dia bergegas turun ke tingkat bawah dan melihat motosikal yang diletakkan berhampiran tangga terbakar.
“Saya cuba memadamkan api dengan alat pemadam api namun tidak berjaya kerana api terlalu marak, 10 minit kemudian api dapat dipadamkan tetapi motosikal saya hangus terbakar,” katanya.
Yoon Fatt berkata, dia membuat laporan di Balai Polis Kepong berhubung perbuatan khianat itu.
Menurutnya, dia mendakwa kejadian ada kaitan dengan tindakannya sering  menegur warga asing yang melepak di tangga kawasan perumahan itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...