Khamis, 4 Oktober 2012

Culik, bunuh: Polis Johor cari Tan Yee Hong


JOHOR BAHRU - Polis Johor sedang mencari seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan seorang remaja berusia 15 tahun pada 10 Oktober tahun lalu.
Lelaki tersebut ialah Tan Yee Hong, 19, beralamat terakhir di No. 29, Jalan Api-Api 7, Taman Megah Ria, Masai dekat sini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ASP Mazlan Idris di talian 012-7566119 atau hotline polis 07-2212999.
Dalam kes itu, mangsa Soh Tian Ci telah dipukul dan dibawa lari oleh tiga lelaki di Cyber Cafe Fantas di Jalan Mawar 3, Tampoi Indah 2, Tampoi pada 4.30 pagi 10 Oktober tahun lalu.
Mangsa yang cedera kemudiannya ditemui oleh orang ramai dalam keadaan tidak sedarkan diri berdekatan Tokong Cina Tian Ann, Jalan Stulang Darat pada 5.18 pagi pada hari yang sama dan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah.
Bagaimanapun mangsa meninggal dunia pada kira-kira 3.10 petang pada hari tersebut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang dan Seksyen 302 kanun yang sama kerana bunuh. - BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...