KLANG – Seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ terkejut apabila mendapati bunyi letupan yang disangka mercun sebenarnya tembakan yang mengenai pagar rumahnya di Taman Eng Ann, di sini malam Rabu.
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Shukor Sulong berkata mangsa yangberusia 43 tahun itu hanya menyedari terdapat kesan tembakan tersebut ketikahendak keluar bekerja pukul 8 pagi ini.
Pemeriksaan polis di kawasan rumah tersebut mendapati ada tiga kesan tembakan dan polis menemui tiga kelongsong peluru bersaiz sembilan milimeter di kawasan berhampiran, katanya kepada pemberita, di sini.
Katanya rakaman kamera litar tertutup di rumah mangsa mendapati tiga lelakimenaiki dua motosikal jenis Honda dan memakai topi keledar dengan penutup mukaberhenti di hadapan rumah mangsa dan melepaskan tembakan.
Kejadian itu dipercayai berlaku pukul 11.40 malam, katanya menambah polis sedang menyiasat motif insiden.
Katanya menurut mangsa yang tinggal di rumah berkenaan sejak dari zaman kecil, kejadian itu merupakan kali pertama.
Mangsa tinggal di rumah itu bersama enam anggota keluarganya dan seorang pembantu rumah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 kerana kesalahanmelepaskan tembakan di tempat awam yang memperuntukkan hukuman penjarasekurang-kurangnya setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabitkesalahan. – BERNAMA