Sabtu, 2 Februari 2013

27 kes penipuan BL1M


27 kes penipuan BL1M
JEMPOL- Orang ramai diingatkan supaya berwaspada terhadap sindiket penipuan Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) yang kini dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab.

Sindiket itu berjaya berjaya dikesan oleh Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) apabila terdapat 27 kes penipuan BL1M dilaporkan di Pendang, Kedah.

Pengerusi SHEB, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata, pihaknya tidak menerima sebarang bentuk bayaran tunai namun menggunakan money order atas nama MyEG Services Berhad bagi pendaftaran.

“Bayaran untuk sertai program ini hanya RM199, tidak kurang atau lebih. Jika ada yang mengaku sebagai ejen program ini kemudian meminta bayaran lebih, dia memang bukan ejen kami,” katanya yang juga merupakan Exco Pemuda Umno selepas tamat
program BL1M di Kompleks Rakan Muda Jempol di sini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Jempol, Datuk Lilah Yasin dan Pengerusi BL1M negeri Mohd Nizam Aman merangkap Ketua Pemuda Umno Jempol.

Sementara itu, Nizam berkata, orang ramai boleh mendapatkan maklumat BL1M di pejabat Khidmat Ketua Pemuda Umno Jempol, di Mahsan; Kompleks Rakan Muda Jempol dan seorang ejen BL1M di Rompin, Suhaimi Mihat.

Dalam pada itu, lebih 4,000 belia di daerah ini mendaftar pada program BL1M yang dijangka menarik lebih 30,000 lagi peserta.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...