Sabtu, 2 Februari 2013

Pembekal pakaian kerugian diperdaya lebih RM60,000


JOHOR BAHRU - Empat pembekal pakaian mendakwa kerugian lebih RM60,000 setelah diperdaya seorang peniaga pakaian yang kini menghilangkan diri setelah gagal melunaskan bayaran barangan yang dibeli sejak Julai tahun lepas.
Seorang daripada pembekal itu, Koh Lay Moi, 42, berkata, lelaki berumur lingkungan 40-an terbabit berjanji untuk melunaskan bayaran berjumlah RM15,000 kepadanya pada 23 Januari lepas, namun gagal berbuat demikian.
Lay Moi berkata, kejadian itu pertama kali berlaku kepadanya selepas beberapa kali berurusan dengan lelaki terbabit.
"Saya sudah menghubungi telefon bimbit lelaki tersebut dan mencarinya di rumahnya di Taman Pulai Utama minggu lepas, tetapi gagal dan lelaki itu bersama keluarganya sudah berpindah dari situ,” katanya kepada pemberita pada pertemuan yang diaturkan Timbalan Ketua MCA Bahagian Gelang Patah, Tan Ba Ba, di sini hari ini. - BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...