Sabtu, 2 Februari 2013

Tahanan polis mati ketika dirawat di HSAS Temerloh


TEMERLOH - Seorang lelaki yang dalam tahanan polis kerana disyaki terbabit dalam kes samun, mati ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ahmad Shah (HSAS), Temerloh.
Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Abdul Aziz Salleh berkata, kematian lelaki berusia 43 tahun itu diklasifikasi sebagai mati mengejut selepas mengalami sesak nafas dan berlaku pendarahan dalaman, kesan daripada penyalahgunaan dadah.
"Mohd. Ropi Yaakob disahkan mati pada pukul 5.50 petang semalam. Dia ditahan di lokap polis Temerloh sejak 24 Januari,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata, hasil bedah siasat pihak hospital, mendapati lelaki itu mati akibat ”upper gastrointestinal bleeding” (pendarahan gastrousus).
"Pemeriksaan terhadap mayat si mati turut dilakukan Majistret Temerloh, Najwa Hashim, dan mendapati tiada kesan kecederaan dan tanda-tanda lebam pada badan si mati, serta tidak ada unsur jenayah atau kekerasan,” katanya. - BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...