Jumaat, 15 Februari 2013

Pejabat bekas Pegawai Penyelaras Parlimen Selayang dipecah masuk


 Jesie
KUALA LUMPUR - Bekas Pegawai Penyelaras Parlimen Selayang, Jessie Ooi dan suaminya yang menjalankan perniagaan penapis air mengalami kerugian hampir RM15,000 setelah pejabat mereka dipecah masuk dua lelaki.

Jessie berkata, kejadian yang berlaku sehari sebelum sambutan Tahun Baru Cina  itu menyebabkan semua wang simpanan dalam peti besi dan beberapa peralatan penjabat turut dilarikan pencuri.

"Saya dan suami hanya menyedari kejadian itu selepas kebetulan singgah di pejabat Ahad lalu, sebelum bergerak ke Pulau Pinang untuk sambutan Tahun Baru Cina.

"Dua lelaki dikesan memasuki premis sekitar jam 1 tengah hari Sabtu lalu menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV)," katanya.

Menurutnya, beliau menolak pencerobohan di pejabat itu bermotifkan politik sebaliknya ia sebagai kes pecah masuk ketika cuti Tahun Baru Cina.

"Imej kedua suspek jelas kelihatan dan kita serahkan rakaman CCTV itu kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

"Kita juga akan membuat semakan status dalam beberapa hari lagi kerana masih berada di luar kawasan," katanya.

Difahamkan, tiada sebarang kecederaan dilaporkan kerana pejabat berkenaan tidak menjalankan operasinya ketika kejadian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...