Gambar hiasan |
KUALA LUMPUR 30 Mac - Seorang pengusaha salun kecantikan mati ditembak dari jarak dekat di luar kedainya di Jalan Pinggiran Putra 25, Seri Kembangan, Serdang, dekat sini petang semalam.
Ketua Polis Serdang, Asistem Komisioner Abdul Razak Elias berkata, Edisson S. Pillai, 37, ditembak oleh seorang lelaki bertopeng, kira-kira 6 petang.
"Mangsa ditembak dua das di dahi dan tiga das di tubuhnya, mati di tempat kejadian," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh dan motif kejadian tersebut masih dalam siasatan.
"Polis akan siasat kes dari sudut perniagaan dan latar belakang keluarga," katanya. - BERNAMA