KOTA BHARU -
Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal mengaku tidak salah di mahkamah
sesyen di sini, semalam, atas tuduhan meminta dan menerima suapan dari seorang
pesalah dadah, tahun lalu.
Tuduhan
terhadap anggota yang bertugas di sebuah balai di Tumpat itu dibuat di hadapan
Hakim, Mohd Yusoff Yunus.
Marzuki
Ibrahim, 33, dari Kampung Kelaboran didakwa pada tuduhan pertama bersetuju
menerima rasuah RM50 daripada Tan Jeoy Lai sebagai dorongan tidak diambil
tindakan terhadap lelaki itu.
Jeoy Lai dipercayai gagal lapor diri mengikut perintah Pengawasan di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.
Jeoy Lai dipercayai gagal lapor diri mengikut perintah Pengawasan di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.
Sementara pada
tuduhan kedua, Marzuki didakwa cuba memperoleh suapan berjumlah RM300 daripada
lelaki sama atas dorongan yang sama.
Kesalahan dilakukan
di Jalan Pasir Pekan pada jam 4 petang, 22 Mei, namun, tertuduh menafikan
kesemua tuduhan itu.
Susulan
daripadanya, Mohd Yusoff menangguhkan kes untuk pengurusan dan membenarkan
tertuduh diikat jamin RM10,000. Dia kemudian membayar jaminan itu.
Kes bersambung
26 Januari depan. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Sophian Zakaria.
Sabit
kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak
kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.