KEPALA
BATAS, 22 Julai (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki dan menemui sepucuk pistol
yang mengandungi sebutir peluru yang disembunyikan di dalam beg galasnya di
Jalan Ara Kuda, Tasek Gelugor dekat sini semalam.
Jurucakap
polis berkata lelaki berusia 29 tahun itu ditahan pada pukul 4 petang selepas
berada dalam keadaan mencurigakan.
Katanya
ketika ditahan, lelaki itu sedang menunggang motosikal dan polis memintanya
berhenti di tepi jalan sebelum membuat pemeriksaan serta menemui sepucuk pistol
di dalam beg galasnya.
"Polis kemudian membuat semakan dan mendapati lelaki berkenaan mempunyai beberapa rekod jenayah lampau termasuk kesalahan merompak," katanya di sini Selasa.
"Polis kemudian membuat semakan dan mendapati lelaki berkenaan mempunyai beberapa rekod jenayah lampau termasuk kesalahan merompak," katanya di sini Selasa.
Jurucakap
itu berkata lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu mendakwa memiliki
pistol berkenaan selepas menemuinya di tempat pembuangan sampah dan
menyimpannya sebagai hobi.
Katanya
polis turut menyerbu rumah lelaki itu di Tasek Gelugor dan tidak menemui
sebarang petunjuk yang boleh mengaitkan suspek dengan kegiatan jenayah.
"Polis
masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui sama ada dia terbabit dalam
kegiatan kumpulan kongsi gelap atau sebaliknya," katanya.
Sementara
itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang ACP Nasir Salleh
ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki berkenaan.
Beliau
berkata polis akan menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan senjata api
yang disimpan lelaki terbabit sama ada dia menggunakannya untuk melakukan
jenayah atau sebaliknya.