KOTA TINGGI, 22 Julai
(Bernama) -- Seorang warga emas ditemui mati dipercayai dibunuh dalam satu
kejadian samun di rumahnya di Felda Lok Heng, dekat sini semalam.
Jariah Abu Bakar, 62,
ditemui dalam keadaan tertiarap dan tidak bernyawa di ruang tamu rumah oleh
anaknya yang kebetulan baru balik dari Kuala Lumpur untuk bercuti raya.
Ketua Polis Daerah Kota
Tinggi Supt Rahmat Othman berkata mangsa merupakan seorang ibu tunggal yang
tinggal bersendirian dan mempunyai tiga anak.
Rahmat berkata suspek
utama dalam kes itu adalah remaja berusia 15 tahun, tidak bersekolah dan
seorang penganggur.
"Polis juga menemui
barangan milik mangsa yang dicuri iaitu dua buah telefon bimbit serta seutas
rantai emas," kata Rahmat.
Siasatan awal mendapati
suspek utama masuk ke rumah mangsa melalui bumbung rumah dan mangsa yang
menyedari kehadiran suspek telah menjerit namun suspek memukul mangsa dengan
sebatang kayu di bahagian kepala sehingga menyebabkan kematiannya, kata Rahmat.
Berdasarkan semakan rekod
jenayah ke atas semua suspek, polis mendapati semuanya tiada rekod kesalahan
lampau.
Kesemua suspek direman
selama tujuh hari bermula hari ini.