TAHNIAH PPM WILAYAH 2 BERJAYA MENAHAN 114 PATI DENGAN SELAMAT !!!
KECEKAPAN SERTA SOP YANG BETUL BERJAYA MENYELAMATKAN NYAWA 114 PATI DALAM DRAMA KEJAR MENGEJAR SELAMA 20 MINIT.
Kota Tinggi,17 Julai - Sebuah bot pancung yang menggunakan 5
buah enjin 200 HP telah berjaya ditewaskan oleh Pasukan Polis Marin Wilayah 2
Pengerang pada jam 2.30 pagi tadi.
Dalam Ops Cantas Khas ( Perairan ) ini, seorang tekong laut warga
Indonesia yg paling di kehendaki oleh PPM W2 telah ditangkap di Perairan Sg.
Che Minah, Bdr. Penawar, Kota Tinggi, Johor,bersama 114 orang pati.
Kesemua pati
ini dibawa menggunakan sebuah bot berukuran 42 × 10 kaki dengan kekuatan enjin
Yamaha 5 × 200 HP. Operasi yg digembeleng secara taktikal yg diketuai ASP Ahmad
Amri Bin Abd Rahman ini melibatkan elemen laut iaitu 3 botronda iaitu RH 32,
PSC 29 dan PSC 48 serta elemen darat iaitu 4 anggota risik PPM Pengerang.
Sewaktu ditangkap,tekong laut ini memakai pakaian
yang dipenuhi dengan abjad-abjad jawi yang ditulis tangan dan juga tali
pinggang hitam dipercayai dibuat untuk dijadikan tangkal.
Kesemua
tangkapan dan rampasan dibawa ke Balai Polis Pengerang utk siasatan lanjut.
Kesemua
mereka ini disiasat dibawah beberapa seksyen antara dibawah Sek. 26 A ATIPSOM 2007,Sek.5 (2) Akta
Imigresen kerana keluar melalui laluan tidak diwartakan,Sek.15 (1) (c) Akta
Imigresen kerana tinggal lebih masa dan juga dibawah Sek.6(1) (c) Akta
Imigresen kerana tiada mempunyai sebarang dokumen yang sah untuk masuk dan
berada di Malaysia.