Isnin, 4 Ogos 2014

#Jenayah Kekerasan: Mangsa dilanggar kemudian dibunuh

Gambar hiasan
Seremban: Seorang kakitangan Kompleks Sukan Nilai dekat sini ditemui berhampiran sebuah tapak pembinaan di Jalan Labu, di sini, hari ini, dipercayai dilanggar lari sebelum dibunuh.

Sumber polis berkata, mangsa yang dikenali sebagai Sapek, 18, menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z dipercayai dikejar dari Nilai hingga ke Jalan Labu oleh individu tidak dikenali.


Katanya, sejurus tiba di lokasi kejadian, mangsa dilanggar oleh kenderaan yang mengejarnya menyebabkannya patah kaki kiri sebelum terpelanting sejauh 50 meter ke dalam sebuah lubang di laluan bertentangan.

Menurutnya, bagaimanapun mayatnya hanya ditemui orang awam jam 8.20 pagi tadi dalam keadaan tertiarap, tidak berbaju, lebam mata kanan dan berdarah di hidung.

"Kita (polis) mengesyaki mangsa dikejar sebelum dilanggar dan dibunuh berdasarkan keadaan penemuan mayatnya," katanya.


Menurutnya, mayat dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini untuk bedah siasat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...