Gambar hiasan |
SETIU -
Seorang peniaga kedai runcit kerugian lebih RM2,000 selepas disamun dua lelaki
bersenjatakan sebilah pisau, yang berpura-pura sebagai pelanggan dalam kejadian
di sebuah kedai di Kampung Guntung Luar, di sini, kelmarin.
Kejadian
dipercayai berlaku kira-kira jam 4 petang ketika wanita berusia 27 tahun itu
berada di dalam kedai.
Menurut
sumber, suspek berpura-pura memilih barangan sebaik masuk ke dalam kedai
berkenaan, sebelum memanggil mangsa kononnya untuk membuat pembayaran.
Kata
sumber, mangsa yang tidak mengesyaki niat jahat suspek, kemudiannya masuk ke
dalam kaunter sambil diekori seorang lagi suspek.
“Suspek
kemudian mengacukan sebilah pisau di pinggang kiri mangsa sebelum mengarahkan
mangsa menyerahkan barangan dan wang yang ada.
"Mangsa
yang ketakutan, tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya melihat suspek mengambil
barangan dan wang di dalam kaunter, serta seutas rantai tangan emas miliknya.
"Dua
suspek itu kemudian meletakkan semua barangan ke dalam plastik sampah biru
sebelum keluar melalui belakang kedai," katanya.
Menurut sumber lagi, suspek dipercayai melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta berikutan mangsa terdengar bunyi enjin berlalu dari situ.
Menurut sumber lagi, suspek dipercayai melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta berikutan mangsa terdengar bunyi enjin berlalu dari situ.
“Kejadian
itu menyebabkan mangsa kerugian lebih RM2,000 apabila seutas rantai tangan
emas, wang tunai, pelbagai jenis rokok, kad tambah nilai dan sebuah telefon
bimbit dilarikan suspek,” katanya.
Mangsa
yang turut mengalami calar di lengan kiri, kemudian membuat laporan di Balai
Polis Permaisuri untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed mengesahkan menerima laporan kejadian.
Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan menggunakan senjata.