KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis
pada Khamis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan
menerima dan meminta rasuah daripada seorang ahli perniagaan.
Sarjan Muhamad Sofri Talib, 35, bertugas di Balai Polis Dang Wangi, di sini dituduh melakukan kesalahan itu sebagai dorongan melepaskan anak lelaki ahli perniagaan itu yang ditangkap mengikut Seksyen 324a (menyebabkan kecederaan) dan Seksyen 427 (melakukan khianat) Kanun Keseksaan, dengan ikat jamin polis dan menutup kertas siasatan.

Dia didakwa menerima rasuah RM1,000
di Tingkat 9, Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang
Wangi di sini pada 12.30 pagi, 2 April tahun lepas dan menerima rasuah RM2,000
di restoran MH Curry House di Cheras pada 10.50 malam, 10 Jun 2013.
Bagi pertuduhan meminta rasuah,
Muhamad Sofri didakwa meminta RM2,000 di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia, Jalan Cochrane di sini pada 7.15 malam, 10 Jun tahun lalu.
Kesemua pertuduhan itu mengikut
Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa
hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali
ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi jika sabit
kesalahan.
Hakim Mohd Nasir Nordin membenarkan
Muhamad Sofri diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan
tertuduh menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.
Beliau menetapkan 9 Sept bagi sebutan
semula kes.