Jumaat, 27 Februari 2015

Nyaris maut selepas ditembak sindiket pengedaran dadah


Tanah Merah: Sepasang suami isteri nyaris maut selepas ditembak sindiket pengedaran dadah dalam kejadian di Kampung Alor Bemban, Bukit Kecik, semalam.

Dalam kejadian jam 9.20 pagi itu, tembakan dilepaskan oleh seorang suspek tersasar sebelum mangsa berusia 38 tahun melarikan diri.

Bagaimanapun, isteri mangsa berusia 25 tahun yang turut berada di rumah tidak dicederakan.


Suspek kemudian membakar dua motosikal dipercayai milik mangsa sebelum meninggalkan lokasi kejadian.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, mangsa berada di rumah sewa bersama isteri sebelum empat suspek berusia 30-an yang menaiki Toyota Camry berhenti di hadapan kediaman itu.


Katanya, suspek masuk ke dalam kediaman bertanyakan mengenai seseorang bernama Juli kerana berhutang dadah dengan mereka selepas melihat motosikal milik lelaki itu diletakkan di hadapan rumah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...