Sabtu, 21 Februari 2015

Penganggur maut ditembak di hadapan rumah

SUNGAI SIPUT - Seorang lelaki maut selepas terkena beberapa das tembakan dalam kejadian di Taman Tun Sambanthan di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian pada pukul 12.30 pagi, mangsa yang dikenali sebagai Suren, 28, baru pulang menaiki sebuah kereta dan ditembak ketika mahu masuk ke dalam rumah.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Wan Jamil Wan Chik berkata, mangsa maut akibat terkena tembakan di lengan kiri, bahu kanan, pipi kiri serta bahagian belakang kepala.
"Mayat mangsa yang tidak bekerja itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan setakat ini kita masih menyiasat motif kejadian," katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi. - KOSMO!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...