Syabas dan tahniah PPM Wilayah 2. Perlu dilaksanakan berterusan termasuk PPM dilain-lain wilayah.
JOHOR BAHRU - Gara-gara mengambil
dadah ketika menangkap ikan di laut, empat nelayan ditahan selepas ujian air
kencing ke atas mereka didapati positif dadah dalam dua operasi berasingan di
perairan Mersing dekat sini malam semalam.
Dalam operasi Op Sapu pertama yang
dijalankan kira-kira pada pukul 12 tengah malam itu, polis berjaya menahan dua
lelaki warga tempatan selepas didapati positif dadah jenis ganja dan heroin di
Terminal Jeti Tanjung Leman, Mersing.
Komander Pasukan Polis Marin (PPM)
Wilayah 2, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, pada serbuan kedua
pula pihaknya menahan sebuah bot tunda kelas B sebelum memberkas dua lagi
lelaki setelah didapati positif dadah jenis syabu di perairan Pulau Sibu. -
KOSMO!