BESUT -
Seorang suspek utama yang dikehendaki berhubung kes bunuh di Kelantan dua tahun
lalu ditahan awal pagi tadi beserta 150 butir peluru.
Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner Polis Wan Abd Aziz Wan
Hamzah berkata, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5.30 pagi
di Kampung Amir di sini.
Beliau
berkata, suspek cuba malarikan diri dengan keretanya ketika dua anggota polis
sedang menjalankan tugas rondaan di Jabi, Jerteh.
"Sebaik
anggota kita menghampiri kereta tersebut dan meminta pemandunya mengemukakan
kad pengenalan diri, suspek terus bertindak memecut keretanya," katanya.
Suspek yang
berasal dari Besut bagaimanpun ditahan selepas itu. - Bernama