Khamis, 8 Oktober 2015

Bom dibeli dari Thailand untuk letup pasangan suami isteri

KOTA BHARU 8 Okt. –

Bom yang dibeli dari Thailand dipercayai telah digunakan seorang pemuda bagi membunuh pasangan suami isteri di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Kampung Pulai, Gua Musang, semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, siasatan awal terhadap anak angkat mangsa itu mendapati bom berkenaan telah dibeli di negara jiran dengan harga RM300.

“Daripada hasil siasatan awal juga, kita mendapati suspek berusia 27 tahun itu telah memasang bom tersebut di motosikal berkenaan sejak tiga hari lalu (sebelum kejadian).


“Jenis bom bagaimanapun masih sedang dikenal pasti oleh Unit Pemusnah Bom di Bukit Aman,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, Cha Mok Liong, 72, dan isterinya, Fong Ah Fong, 72, maut dalam keadaan mengerikan apabila badan mereka berkecai akibat letupan bom buatan sendiri semasa menunggang motosikal menuju ke Kampung Pulak di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Pulai.


Ekoran daripada itu, pihak polis menahan seorang suspek yang juga anak angkat mangsa di rumahnya di Kampung Batu Papan di sini kira-kira sejam kemudian.-UTUSAN ONLINE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...