Gambar hiasan |
PETALING JAYA: Seorang
bakal pengantin dirogol oleh seorang bomoh yang ditemui untuk membantu
memulihkan daranya.
Wanita berusia 22 tahun itu bertemu
dengan bomoh berkenaan kerana bimbang tunangnya mendapat tahu dirinya sudah
tidak mempunyai dara lagi.
Sebaliknya,
bomoh berusia 53 tahun itu mengambil kesempatan dengan bertindak merogol wanita
tersebut
Ketua Polis
Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, mangsa
merupakan seorang setiausaha dan bakal berkahwin pada bulan ini.
Pada 27 Mac
lalu, mangsa pergi mendapatkan bantuan seorang bomoh di Semenyih bagi
memulihkan daranya.
"Mangsa
takut untuk berhadapan dengan malam pertamanya, sekiranya bakal suami enggan
bersama apabila mengetahui dia pernah melakukan hubungan seks sebelum ini.
"Bomoh
itu menawarkan tiga cara untuk memulihkan dara kepada mangsa," katanya
kepada pemberita pada Isnin.
"Dia
(bomoh) memberitahu kepada wanita tersebut boleh menghantar video aksi
ghairahnya, menyentuh badannya atau melakukan hubungan seks," katanya.
Mangsa
memilih cara yang pertama.
"Wanita
itu mengirimkan tiga video kepada bomoh terbabit. Bagaimanapun, dia memilih
cara kedua kerana tidak mahu mengirimkan lagi video berkenaan.
"Mangsa
bertemu suspek pada kira-kira pukul 7.20 malam pada 16 April lalu di sebuah
pondok dekat Bukit Broga," kata Abdul Rashid.
Mangsa pada
mulanya beranggapan bomoh itu hanya mahu menyentuh badannya.
"Sebaliknya,
bomoh itu merogolnya," katanya, sambil menambah mangsa membuat laporan
polis pada malam yang sama kejadian berlaku.
Suspek turut
ditahan pada hari yang sama.
"Siasatan
mendedahkan bahawa mangsa telah membuat laporan polis mengenai bomoh itu pada
27 Mac lalu, pada hari mereka bertemu.
"Wanita
itu mendakwa bomoh itu telah membacakan jampi sambil memegang tangannya yang
membuatkan dia bernafsu," katanya.
Bomoh itu
direman sehingga Selasa dan disiasat kerana merogol.
Sumber: KLIK DISINI