Kuantan, 25 Mei - DCP
Dato' Azri Ahmad dilantik Timbalan Ketua Polis Pahang yang baharu
mengantikan Dato' Fatimah Ghazali yang akan bertukar ke Bukit Aman bagi
menjawat jawatan Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT).
Majlis serah terima tugas tersebut disempurnakan oleh Ketua Polis
Pahang, Dato' Sharifuddin Ab Ghani dalam satu majlis yang diadakan di Ibu
Pejabat Polis Kontinjen Pahang, pagi tadi.
Dalam
majlis sama, Dato' Fatimah turut menyerahkan tugas Naib Pengerusi Persatuan
Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Pahang kepada Datin Norliah Hj Othman.