KANGAR: Tiga anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Perlis berusia 30-an ditahan Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi kerana disyaki meminta suapan.
Pengarah SPRM
Perlis, Yaacop Angah, berkata ketiga-tiga anggota AADK itu didakwa meminta
suapan ketika menahan dua individu dalam melalui operasi yang mereka sertai pada Mac lalu.
Katanya, suspek didakwa meminta sejumlah suapan bagi mengubah
keputusan ujian air kencing kepada negatif ketika
dua suspek ditahan sementara di pejabat AADK Perlis.
"Ketiga-tiga suspek
dibebaskan dengan jaminan selepas memberi keterangan," katanya. Mereka
disiasat siasatan mengikut Seksyen 17 (A) Akta SPRM 2009.