Khamis, 12 April 2018

'KUBUR' RAHSIA GENGSTER DIBONGKAR...?


POLIS menemui cebisan tulang manusia dipercayai milik LIMA MANGSA PEMBUNUHAN yang ditanam di kawasan estet Batu 8 Jalan Sungai Gadut, Senawang, hari ini.
Dalam kejadian pada 12 tengah hari, penemuan mayat itu dibuat selepas pasukan polis membawa beberapa suspek DIPERCAYAI AHLI KONGSI GELAP ke lokasi berkenaan, dan dipercayai semua mayat ditanam sejak tiga tahun lalu.
Difahamkan, ia susulan kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Negeri Sembilan dibantu JSJ Bukit Aman menahan 34 ahli kongsi gelap dalam Ops Khas Hoben 1/2018 sejak 29 Mac hingga Isnin lalu.
Setakat ini, polis dengan bantuan Unit Forensik dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) masih menjalankan siasatan serta berusaha mengeluarkan cebisan tulang di lokasi terbabit.
Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaludin ketika dihubungi enggan mengulas lanjut.

Sumber: KLIK DISINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...