Memaparkan catatan dengan label HUSM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HUSM. Papar semua catatan

Khamis, 31 Januari 2013

Buruh Parah Ditetak Dengan Pedang Di Besut


BESUT: Seorang buruh cedera parah ditetak dua lelaki di Kampung Pengkalan Nyireh, Kampung Raja, di sini Selasa.
Akibat tetakan menggunakan pedang itu, buruh berusia 43 tahun itu cedera di kedua-dua belah tangan dan kaki.
Dia kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.
Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu, buruh berkenaan dikatakan diserang dua lelaki yang dikenalinya ketika dia berada dalam sebuah bengkel membaiki kereta.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata berdasarkan siasatan awal polis percaya kes itu berpunca daripada dendam lama. BERNAMA

Ahad, 6 Januari 2013

Mekanik parah diserang 4 lelaki depan rumahnya di Besut


BESUT - Seorang mekanik cedera parah diserang sekumpulan empat lelaki di depan rumahnya di Kampung Darau, Hulu Besut semalam.    

Lelaki berusia 29 tahun itu diserang di hadapan ibunya, seorang peneroka di Felda Selasih, yang ke rumah anaknya itu berhampiran Sekolah Kebangsaan Darau pada pukul 6.30 petang. 

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Zakaria ketika mengesahkan kejadian berkata akibat serangan itu, lelaki berkenaan cedera parah di bahagian lengan, rusuk dan ibu jari tangan kanan serta belakang badan.

"Lelaki yang cedera parah itu dihantar oleh ibunya dengan bantuan penduduk kampung ke Hospital Daerah Besut sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan," katanya.

Selasa, 14 Ogos 2012

Van Polis Bawa Suspek, Anggota Polis Terbakar Depan HUSM Kubang Kerian

Gambar hiasan

KOTA BAHARU, 13 Ogos (Bernama) -- Dua suspek dan tiga anggota polis, termasuk pemandu, terselamat apabila van polis yang dinaiki mereka tiba-tiba terbakar ketika berhenti di simpang empat lampu isyarat berhadapan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini, Ahad.

Ketika kejadian pada kira-kira 4 petang, van itu dikatakan sedang membawa kedua-dua suspek dan sebuah motosikal yang dipercayai barang kes dari Besut, Terengganu ke lokap Balai Polis Kota Baharu di sini.

Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Baharu, Wan Asri Wan Yusoff ketika dihubungi hari ini berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4.06 petang tetapi ketika beliau dan lima anggotanya tiba di tempat kejadian, enjin van telahpun hangus.

Katanya kejadian berlaku berhampiran pusat beli-belah dan tempat tumpuan umum yang agak sesak dengan kenderaan dan orang ramai yang membeli-belah sempena musim perayaan Aidilfitri.


Khamis, 12 Julai 2012

Jenayah kekerasan di Kelantan meningkat ???


Maut selepas dua bulan koma

NASRUR meninggal dunia malam kelmarin selepas dua bulan dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian.


KOTA BHARU – Nasrur Alimin Mohamad, 34, yang ditembak dua lelaki berpakaian serba hitam di Taman Sentosa Jaya, Badang dekat sini dua bulan lalu meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian malam kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, mangsa meninggal dunia pada pukul 10.45 malam selepas tidak sedarkan diri selama dua bulan.
Menurut beliau, dalam kejadian pada 3 Mei lalu, Nasrur ditemui cedera parah akibat terkena beberapa das tembakan di betis kanan dan ditetak di kepala serta pergelangan tangan kanan selepas keluar dari kedai runcit yang terletak kira-kira 50 meter dari rumahnya.
Mangsa yang bekerja sebagai pembekal peralatan makmal di hospital di sini singgah di kedai runcit tersebut untuk membeli kad tambah nilai prabayar dan gula-gula.
Bagaimanapun, Mazlan memberitahu, belum ada tangkapan dibuat berhubung kejadian tersebut.
“Polis sedang menjejaki suspek yang sudah dikenal pasti terlibat dalam kejadian menembak Nasrur,” kata beliau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...