Memaparkan catatan dengan label Hulu Selangor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hulu Selangor. Papar semua catatan

Khamis, 17 Mac 2011

Kes pecah rumah meningkat

SAUJANA UTAMA – Penduduk di Saujana Putra dihantui kebimbangan apabila kejadian kes pecah rumah di kawasan penempatan mereka semakin meningkat. 

Mangsa, Ahmad Yani Abd Manaf berkata, kejadian tersebut kerap berlaku dan setiap bulan pasti ada kes pecah rumah. Baru-baru ini sahaja sebanyak 13 kes pecah rumah berlaku pada hari yang sama. 

Menurutnya, ia biasa berlaku sekitar jam 2.30 pagi hingga 4.30 pagi sewaktu penduduk sedang tidur di rumah. 

“Semasa rumah saya dipecah masuk, pencuri itu masuk ikut pintu belakang rumah dan berjaya mencuri dua komputer riba, kamera digital dan dianggarkan kerugian dialami sebanyak RM15,000,” katanya. 

Salah seorang lagi mangsa, Shah Bina Ahmad berkata, kejadian menimpanya berlaku pada awal pagi dan antara barang diambil pencuri ialah televisyen plasma, komputer riba dan kipas. 

Ahad, 27 Februari 2011

Rogol: Polis tahan pekerja kilang

HULU SELANGOR: Seorang pekerja kilang ditahan selepas disyaki merogol dan meliwat seorang pelajar Tingkatan Lima di sebuah tempat pembuangan sampah, Ahad lalu.

Suspek berusia 22 tahun itu ditahan lima jam sejurus laporan dibuat mangsa di Balai Polis Serendah kira-kira jam 11 malam. Difahamkan, mangsa yang kini sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dirogol suspek yang juga abang rakan sekelasnya.

Ketika kejadian, mangsa dijemput suspek di rumahnya di pekan Rawang selepas adiknya meminta bantuan kerana mangsa dikatakan bercadang bermalam di rumahnya di Serendah. Suspek kemudian merogol dan meliwat mangsa di kawasan ladang kelapa sawit yang juga tempat pembuangan sampah.

Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendy berkata, suspek ditahan di rumahnya di Kampung Tok Pinang.

Semalam, akhbar ini melaporkan, seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun bukan saja dirogol malah diliwat abang rakannya di sebuah tempat pembuangan sampah di Serendah, Ahad lalu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...