PUTRAJAYA: Hasil
siasatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mendapati kematian
Syed Mohd Azlan Syed Mohamed Nur ketika dalam tahanan polis disahkan mempunyai
kaitan kekerasan secara fizikal semasa ditahan dan disoal siasat polis.
Laporan bedah siasat yang dijalankan Pakar
Perunding dan Ketua Jabatan, Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan
Ismail, Johor Baru, Dr. Rohayu Shahar Adnan mendapati kematian Syed Mohd Azlan,
26 disebabkan trauma hentakan tumpul di dada.
Pemeriksaan mendapati si mati mengalami 61 jenis
kecederaan di bahagian muka, badan dan kedua-dua kaki di mana sebahagiannya
konsisten dengan kecederaan semasa berusaha mempertahankan diri daripada
kekerasan fizikal yang dilakukan ke atasnya oleh anggota-anggota polis.
